Wednesday, 28 March 2012

ya allah,berderu-deru air mata aku bila tengok kau post dekat wall perempuan tuu,sakitt tauu tak hatii aku.masa kau couple dengan aku pernah tak kau buat macam tu??pernah tak?tak kann.kalau kau nak tunjuk dekat aku yang kau bahagia sekali punn tak payahh la buat macam tuu.wayhh,aku ada perasaan la .aku bukan robot.paham sikit perasaan aku bolehh.even do kau dah sebulan break dengan aku,kau ingat aku redha jee la.never ever aku akan redha weyhh.kau sakitkan hati aku dohh,sakit dohh sakit sangat.cuba letak kau dekat tempat aku.apa kau rasa???sakit hati sangat-sangat kau tauuu tak.sialllllllll!!!!!! kau dengan perempuan tu memang kena sangat dohh,dua-dua miang nak mampos,yang si betina kimakkk tu dah tau yang si jantan bengong nii dah ada couple lagi nak mengatal.yang si jantan nii punn pergi melayannn.kepala banaaaaa kau laaa.dua-dua memang macam celakaaaaa.

Friday, 23 March 2012

Titian Cinta ♥

   Amanda Qistina atau nama manjanya Amanda  berumur 20 tahun dan merupakan seorang pelajar di sebuah kolej swasta.Amanda seorang pelajar yang sangat pintar namun sikap kedegilannya tidak dapat dibendung oleh sesiapa.Sudah berhelai-helai surat amaran dikeluarkan namun sedikit pun tidak dihiraukan oleh gadis bertubuh tinggi lampai itu.Papanya Dato Affendi sudah penat menasihatkan anak tunggalnya itu,namun usahanya hanya sia-sia.Sikap Amanda berubah setelah kematian mamanya Datin Sofea.Semenjak kematian Datin Sofea sikap Amanda berubah sama sekali.Sikap kedegilannya semakin bertambah buruk apabila papanya Dato Affendi mengahwini setiausahanya Iriani.Amanda sangat membenci ibu tirinya kerana menganggap bahawa Iriani merupakan penghancur rumah tangga mama dan papanya.Amanda juga mengganggap bahawa Iriani hanya ingin mengikis harta bapanya sahaja.
   Pada hari itu , anak sedara Dato Affendi iaitu Fakhrul Razi akan menginap dirumah mereka untuk beberapa bulan.Amanda yang mendengar berita itu merengus geram.Dia tidak suka apabila ada orang luar yang akan menginap di rumah mereka.Namun hanya didiamkan.Fakhrul Razi merupakan abang saudaranya yang sedang bercuti semester.Fakhrul Razi merupakan graduan dari Universiti  Malaya dan bakal bergelar seorang doktor.
“ Amanda,cuti sekolah ni,papa nak kamu teman  Fakhrul”arah Dato Affendi.
“Apa ni papa.Jangan paksa-paksa Amanda boleh tak? Fakhrul tu yang gatal nak datang sini,jadi pandai-pandai dia lah.”dengus Amanda
“Amanda,kamu jangan biadap.Papa sudah buat keputusan.Tidak kesahlah sama ada kamu suka atau tidak.Kamu yang akan teman  Fakhrul nanti.Lagipun papa dan mama Iriani akan bercuti ke Paris untuk satu bulan.”
“Oh,baguslah.Papa sedap-sedap bercuti dengan perempuan tak sedar diri tu,Amanda yang kena mengadap muka  Fakhrul hari-hari!Bagus sangatlah perangai papa.”jerit Amanda sambil berlari menaiki tangga ke biliknya.
   Dato Affendi tidak sempat berkata apa-apa apabila Amanda bertindak sedemikian.Dia sedar bahawa ini merupakan salah dia.Terlalu memanjakan Amanda sehinggakan Amanda tidak langsung menghormati dirinya.Dia juga sedar bahawa keputusannya menikahi Iriani merupakan tindakan yang salah.Waktu itu dia fikirkan bahawa Amanda memerlukan kasih sayang seorang ibu.Namun dia silap.Amanda semakin liar tingkah lakunya apabila dia mengambil keputusan untuk menikahi Iriani.
   Pertelingkahan kedua anak beranak itu sempat didengari oleh Fakhrul Razi.Dia menghelah nafas panjang.Tidak disangka-sangka anak gadis yang ditemui tiga tahun lepas sudah berubah sama sekali perwatakkannya.Amanda yang dulunya dikenali sebagai seorang gadia yang bersopan-santun dan berbudi bahasa.Tetapi Amanda yang ini?Sudah jauh berubah sama sekali.Keputusan Fakhrul Razi untuk datang ke rumah agam itu setelah dipaksa berkali-kali oleh Pak Longnya iaitu Dato Affendi.Dato Affendi mahu Fakhrul mencuba menyelami hati Amanda dan mencari masalahnya yang dihadapinya.Aduh,Pak Long ni,aku ni doktor pakar bukan doktor kaunselor.Macam manalah aku nak dekat dengan Amnada yang garangnya macam singa betina tu.Mati akal aku!Anak muda itu bermonolog sendirian.
Keesokan harinya,
“Good morning girls and boys.Tidur lena atau tidak semalam?”sapa Dato Affendi ramah.
“Nyenyak sangat uncle.”jawab Fakhrul teragak-agak.Padahal semalam dia tidak dapat melelapkan mata sepicing pun.Fikirannya serabut memikirkan permintaan Pak Longnya.
“Amanda,nyenyak kamu tidur semalam?”tanya papanya.
“Hmm.”jawab gadis itu acuh tidak acuh.
“Apa rancangan kamu hari ini?Keluar kemana hari ini?Papa dan mama akan bertolak keluar negara sebentar lagi.”terang Dato Affendi.
“Tidur sampai puas.Yang papa nak bagi tahu Amanda semua tu kenapa?Lantak papalah nak pergi bila pun.Amanda kisah apa?”jawab Amanda kasar.
“Amanda,papa cakap baik-baik dengan kamu.Kenapa kamu biadap sangat ni?marah Dato Affendi.
“Kalau papa tak nak Amanda biadap dengan papa.Tolong bawa perempuan tak sedar diri ni keluar dari rumah ni.Amanda tak nak tengok lagi muka dia dekat sini.Amanda menyampah dengan dia”
“Hei betina,kau jangan nak lebih-lebih dengan aku.Mentang-mentang ini rumah kau,suka-suka kau je nak halau aku”jerkah Iriani.
“Hahaha,bagus.Tahu pun kau ini rumah aku.Jadi jangan nak berlagak macam Cik Puan besar dalam rumah ni.Dasar perempuan pemalalas.Tak tau diuntung,tak sedar diri.Kalau papa aku tak kahwin dengan kau,kau dah hidup merempatlah.”balas Amanda sinis.
Panggg…
Tiba-tiba satu tamparan melekat dipipi Amanda.Perlahan-lahan mukanya diangkat.Bibirnya terasa perit sekali.Muka papanya dipandang tajam.Perlahan-lahan juga ketawa meletus dari bibir kecilnya.
“Hahaha,papa-papa.Sebabkan Amanda hina perempuan ni papa tampar Amanda.Listen here,Amanda benci papa.Terima kasih banyak-banyak sebab sanggup lempang Amanda hanya sebab papa nak sebelahkan perempuan gila ni.Terima kasih banyak-banyak.Dan kau perempuan,aku tak nak tengok muka kau dekat rumah ni lagi.Angkut semua baju kau berambus dari rumah mama aku sekarang.Berambus!!!”Amanda berlari kedalam biliknya sambil menangis teresak-esak.
“Amanda..”jerit Dato Affendi.
“Uncle,sudahlah.Biar saya yang pujuk Amanda.Flight pukul 9.00 kan.Sekarang dah pukul 8.00.Pergilah cepat,nanti tertinggal kapal terbang.”pujuk Fakhrul
“Baiklah,uncle pergi dulu,kalau ada apa-apa call je uncle.”
“Baiklah,hati-hati uncle dalam perjalanan.”
Keesokan harinya..
“Mak Tom,Amanda mana?”tanya Fakhrul hairan.
“Dalam bilik lagi tu,Mak Tom dah banyak kali panggil dia sarapan.Dia cakap dia lapar.Tapi Mak Tom tau dia lapar.Dari petang semalam dia tak makan.Kesian dia”
“Mak Tom,Fakhrul nak tanya sikit boleh tak?Kanapa Amanda tak suka sangat dekat makcik Iriani?”
“Huh,bukan Amanda seorang saja tak suka si Iriani tu,Mak Tom pun tak suka.Berlagak sangat.Buat rumah ni macam rumah dia saja.Dulu masa Amanda tingkatan lima,Amanda selalu kena pukul dengan Iriani tu.Kalau maki dengan tengking tu dah macam makanan seharian dia.Silap sikit dimakinya.Arwah Datin Sofea dulu jentik Amanda pun tak pernah.Dia baru jadi ibu tiri dah melebih-lebih.Kesian Amanda.Kalau semalam Amanda sepak mulut Iriani tu pun Mak Tom tak kesah.Malah Mak Tom sokong.Melampau sangat.”luah Mak Tom.
“Ya Allah,sampai macam tu sekali.Kesian Amanda.Uncle Affendi tak tau ke Mak Tom?”soal Fakhrul hairan.
“Iriani tu bijak Fakhrul.Depan Dato dia buat-buat lah baik.Pura-pura jadi ibu tiri mithali.Tapi belakang Dato,kejam sungguh dia tu.Kesian Amanda.Kena aniaya.Tapi papa sendiri tak tahu.”
“Mak Tom dah habis bergosip belum ni?Amanda dah lapar ni.Ada lagi tak sarapan pagi tadi?”Amanda tiba-tiba menyelah.
“Astarafirullahhalazim,kamu ni buat Mak Tom terkejut saja.Bila kamu bangun tidur?Bila kamu ada dekat dapur ni?”Tanya Mak Tom bertubi-tubi.
“Mak Tom,dah 15 minit Amanda ada dekat dapur ni.Amanda tengok Mak Tom dengan  Fakhrul tengah sibuk berbual,Amanda tak nak lah kacau.”terang Amanda selamba.
“Jadi Amanda dengarlah semua yang kami bualkan?”Tanya Fakhrul ketakutan.
“Fakhrul,Amanda ni bukanlah pekak sampai tak dengar semua tu.Dari A sampailah ke Z semua Amanda dengar.”Amanda bersikap selamba.
“Fakhrul mintak maaf Amanda,Fakhrul tak sengaja”
“Mak Tom,Amanda tunggu dekat tepi kolam renang tau”jerit Amanda sambil perlahan-lahan berjalan menuju ke kolam renang yang terdapat di belakang rumah agam itu.
   Punggung dilabuhkan,novel yang tadinya dipegang diletakkan di atas meja kayu yang disediakan di peti kolam renang.Fakhrul turut sama mengikut langkah Amanda ke kolam renang.Masing-masing terdiam,sibuk melayan perasaan.Tiba-tiba Amanda mendengus.
“Sekarang Fakhrul dah tahu cerita sebenarkan.Amanda tak kuat Fakhrul.Kalau boleh Amanda nak keluar dari rumah ni.Amanda tak sanggup nak mengadap muka perempuan tu hari-hari.Fakhrul tolong Amanda boleh?”
“Amanda nak Fakhrul buat apa?”Tanya Fakhrul kehairanan.
“Kahwin dengan Amanda dan bawak Amanda keluar dari rumah ni.”Amanda mula bermain api.
   Bagaikan mahu tercabut jantung Fakhrul apabila mendengar permintaan gila Amanda.Kalau tidak diturutkan,Fakhrul bimbang Amanda akan melakukan perbuatan yang bodoh.Tapi bagaimana pula dengan Syaidatul Nafisa,kekasih Fakhrul.Adakah Syaidatul Nafisa dapat menerima semua ini?Ya Allah bagaimana ini?Nak terima atau tidak?
“Fakhrul,Amanda tak paksa Fakhrul.Amanda tahu Amanda tak layak untuk berganding dengan Fakhrul.”
“Amanda,Fakhrul ada cakap ke  tak nak berkahwin dengan Amanda.Tak ada kan.Baiklah,papa balik dari Paris kita bernikah ye sayang.”Fakhrul bercanda.
Amanda seolah-olah tidak percaya dengan apa yang keluar dari mulut Fakhrul.Dia tidak menyangka sama sekali bahawa Fakhrul akan bersetuju dengan idea gilanya itu.Pada mulanya dia hanya bermain-main sahaja.Tidak sangka pula Fakhrul dengan cepat akan bersetuju dengan cadangannya.
“Err,Amanda main-main sahaja lah.Amanda bergurau je.Janganlah serius sangat.”
“Amanda,Fakhrul tak main-main ok.Fakhrul serius.Papa balik saja dari Paris kita bernikah.Majlis bersanding tu kita buat lepas Fakhrul tamat berlajarlah ya.Fakhrul nak telefon daddy  dulu,nak suruh daddy buat persiapan nak merisik Amanda.”
“Fakhrul,janganlah macam ni.Amanda dah cakap yang Amanda main-main je kan.Batalkan saja lah niat suci lagi murni Fakhrul tu.”
“No no no.Amanda akan jadi isteri Fakhrul dalam masa beberapa bulan sahaja lagi.So please get ready ok sweet heart.”
“Fakhrul…”
   Jeritan Amanda sudah tidak didengari lagi oleh Fakhrul kerana Fakhrul sedang sibuk bercakap dengan daddynya iaitu Dato Azrul,Pak Ngah Amanda.Ya Allah,matilah aku macam ni.Yang ni pulak pergi gatal cakap macam tu kenapa?Habislah hidup kau wahai Amanda Qistina binti Affendi.Menjadi isteri kepada Fakhrul Razi bin Azrul bukan menjadi salah satu impiannya.Bagaimana pula dengan kehidupannya selepas bergelar isteri nanti.Kemas bilik sendiri pun aku tak tahu,ni kan pula nak jadi isteri orang.Oh tidak.
“Aku terima nikahnya Amanda Qistina binti Affendi dengan mas kahwinnya sebanyak RM 80.00 tunai”
   Kini sah Amanda sudah menjadi isteri Fakhrul.Majlis pernikahan mereka diadakan dirumah pengantin perempuan.Pada hari itu Amanda lengkap memakai baju kebaya moden manakalanya rambutnya yang lebat itu disanggul tinggi.Manakala Fakhrul pula lengkap memakai baju melayu moden siap bersamping dan bersongkok.
“Mulai hari ini,kita dah menjadi pasangan suami isteri.Saya yang bertanggungjawap terhadap awak.Dosa awak sekarang akan ditanggung oleh saya.Jadi tolong hormat saya sebagai seorang suami awak bukan lagi seorang abang sepupu.Faham?”Tanya Fakhrul
“Hei,awak tak sampai berapa jam jadi suami saya dah pandai-pandai nak arah-arahkan saya.Awak siapa?”
“Saya Fakhrul Razi,suami awak.Suami Amanda Qistina,Faham?”
“Listen here,saya tak mintak pun awak jadi suami saya.Saya dah cakapkan saya Cuma bergurau.Fakhrul untuk membina sebuah perkahwinan,kita haruslah ada rasa cinta antara satu sama lain.Masalahnya disini,saya langsung tak cintakan awak.Macam mana kita nak hadapi hari-hari seterusnya?Saya tak yakin dengan awak!”
“Sayang,saya akan berusaha sehingga ketitisan darah yang terakhir untuk buat awak jatug cinta dengan saya.Malah saya akan pastikan saya akan mengepalai perkahwinan kita dengan baik.Percayalah saya.Selamat malam sayang,semoga awak mimpikan saya malam ini .Selamat malam isteriku.”kata Fakhrul ketika menutup pintu bilik sambil tangannya memegang bantal dan selimut.Pada malam itu Fakhrul terpaksa tidur di bilik tetamu kerana dia pasti Amanda belum dapat menerima kehadirannya didalam hidup Amanda.
   Sudah dua bulan menjadi isteri Fakhrul,namun Amanda masih tidak berubah-ubah.Pandangannya pasti akan berbeza sama sekali dengan Fakhrul.Itulah selalu menjadi punca pergaduhan mereka.Namun sepanjang mereka bertengkar,selalu Fakhrul sahaja yang akan mengalah.Ini kerana Fakhrul tidak mahu memanjangkan lagi pergaduhan bodoh itu.Sepanjang perkahwinan mereka juga,Fakhrul jugalah yang selalu bertungkus-lumus untuk memastikan semuanya berjalan dengan lancar.Fakhrul jugalah terpaksa melakukan kerja-kerja rumah dengan bantuan Mak Tom.Nak harapkan Amanda?Jangan haraplah dia nak buat semua tu.Yang dia tahu cuma makan,tidur belajar,tengok televisyen dan keluar jalan-jalan.
   Dalam diam Amanda mula jatuh cinta dengan Fakhrul.Sikapnya yang penyabar dan penyayang telah membuat hati batu Amanda semakin mencair.Amanda juga tertarik dengan ketampanan suaminya yang tercinta.Seringkali selepas Fakhrul tidur,Amanda akan meneliti wajah suaminya itu sepuas hati.Tanpa disedari suaminya,Amanda akan curi-curi menyium dahi suaminya.
   Berbeza pula dengan Fakhrul,sikap Amanda semakin hari semakin membuatnya sakit hati.Tidak langsung tahu menghargainya sebagai seorang suami.Tiada langsung usaha untuk memperbaiki hubungan mereka.Fakhrul sudah sememangnya sayang akan Amanda,namun rasa sayang itu semakin lama semakin pudar.Kini dia akui kata Amanda suatu ketika dahulu,perkahwinan tanpa cinta pasti tidak dapat bertahan lama.
   Keesokan harinya,Fakhrul bertemu dengan Saidatul Nafisa bekas teman wanitanya di hospital tempatnya bertugas.Nafisa datang ke hospital kerana sudah tiga hari diserang demam panas.Hati Fakhrul terdetik kagum andainya isterinya Amanda bertudung seperti Nafisa.
   Pada hari itu pula kebetulan hari ulang tahun kelahiran Fakhrul yang ke-25 tahun.Amanda dari rumah tadi sudah beriya-iya ingin menyambut hari lahir suaminya bersama-sama sambil membuat pengakuan kepada Fakhrul bahawa dia sangat mencintai suaminya.Sampai sahaja dihospital,Amanda segera ke bilik Fakhrul.Sampai sahaja dibilik Fakhrul alangkah terkejutnya apabila melihat Fakhrul sedang memeluk Nafisa.Saat itu hatinya hancur berkeping-keping melihat suami yang tercinta berpelukan dengan bekas teman wanitanya.Kek yang tadinya dipegang kejap terhempas ke lantai.Saat itu juga Fakhrul dan Nafisa serentak memandang Amanda.Air mata kian laju menuruni pipi.Segera,dia berlari keluar dari bilik suaminya itu.Panggilan Fakhrul langsung tidak didengari.
   Sampai sahaja dirumah,Amanda segera menghempaskan badan ke atas tilam.Dia menangis semahu-mahunya.Air mata yang berguguran tidak dihiraukannya.Mata Amanda juga semakin membengkak dan memerah.Dengan segala kuderat yang ada Amanda menjerit sakit hati.Nasib baiklah Mak Ton sudah tidak tinggal lagi dengan mereka,kalau tidak mahunya Mak Ton mati berdiri mendengar jeritan Amanda yang kuat itu.
   Sebaik sahaja Fakhrul sampai dirumah,dia melihat bilik tidurnya dan Amanda berselerakan.Alat kosmetik bertaburan di sana sini.Botol minyak wangi juga pecah bertaburan.Bantal-bantal dan selimut berselerakan di atas lantai.Bilik mereka seolah-olah baru sahaja mengalami gempa bumi.Semuanya berselerakkan.
“Amanda,awak ok ke tidak ni?Kenapa bilik berselerak sampai macam ni?”
“Diam! Dah puas awak berasmara dengan kekasih gelap awak tu,baru awak nak tanya bini awak ok ke tak?”sergah Amanda.
“Ya Allah,apa ni awak?Saya tahu awak mungkin akan salah faham dengan apa yang awak tengok tadi.Saya akan terangkan semuanya.”Fakhrul merayu.
“Tak perlulah.Terima kasih saja.Saya tak perlukan semua penjelasan awak tu.Menyesal saya sebab cintakan awak.Menyesal saya sebab mula terima hakikat yang saya dah mula sayangkan awak yang selama ni tak pernah sayangkan awak.Saya meyesal Fakhrul.”
“Sayang,saya mintak maaf sangat-sangat dengan awak.Awak dah salah faham sayang.Kalau awak nak tahu,saya sayangkan awak sangat-sangat.Saya cintakan awak sepenuh hati saya walaupun saya tahu awak tak cintakan saya.Percayalah saya,saya tak pernah curang dengan awak sayang.Tadi Nafisa pengsan,saya tolong papah dia sahaja.Tiada maksud lain pun.Sayang,Nafisa tu masa silam saya,awak Amanda Qistina masa depan saya.Andai ditakdirkan awaklah tulang rusuk saya,saya terima dengan iklas dan saya akan sedaya upaya mencintai awak dan menempatkan awak ditempat paling atas dalam carta hati saya.Hanya awak sayang.Tiada dua,tiada tiga.Hanya awak satu-satunya isteri saya sehingga akhir nafas saya.”terang Fakhrul.
“Awak,saya cintakan awak sepenuh hati saya.Saya sayangkan awak sepenuh jiwa saya.Saya nak jadi satu-satunya isteri awak.Isteri awak yang akan selalu menjadi teman awak sewaktu awak susah,sewaktu awak senang,sewaktu awak sakit dan sewaktu awak sihat.Saya cintakan awak Fakhrul Razi.Hanya awak suami saya sampai bila-bila.”
“Saya cintakan awak sayang.”
“Saya pun cintakan awak ..abang.”
“Apa dia?Tak dengar la sayang.Cakap sekali lagi.”
“Saya cintakan abang”
“Akhirnya,tak sia-sia abang tunggu selama ni.Nak dengar sayang panggil saya abang.”
“Abang ni,malu la saya”
“Sayang,abang nak awak dengar satu benda,awaklah buah hati saya sampai bila-bila.Kasih sayang saya pada awak tak akan pernah berubah walaupun sedikit.Mungkin Allah sudah takdirkan awak adalah tulang rusuk abang yang harus abang tegakkan perlahan-lahan.Semoga Allah panjangkan umur saya untuk terus cintai awak.”bisik Fakhrul di telinga isterinya.

   Kini perkahwinan yang dibina semakin bercambah kasih sayangnya.Cinta mereka pula umpama sungai yang terus mengalir tanpa jemu.Pernantian selama 2 tahun kini membuahkan hasil apabila Amanda selamat melahirkan sepasang bayi kembar  lelaki dan perempuan yang diberi nama Khail Irfan dan  Kaisara Fitriana.Kini lengkaplah kehidupan pasangan suami isteri yang dulunya berkahwin tanpa sedikitpun perasaan cinta.
“Abang,bangunlah Khail dengan Kaisara menangis tu.Abang tolong buatkan susu.”
“Yelah-yelah,tunggu sekejap ye anak papa”
“Abang kenapa susu ni tawar.Sejuk pulak tu.Abang tahu tak macam mana nak buat susu anak ni?”marah Amanda.
“Sorry la sayang.Abang mamai tidur tadi.Tak perasan lah pulak susu tu sejuk.Sayang buat lah biar abang tengok-tengokkan Khail dengan Kaisara.”
“Ish abang ni tak boleh diharap,semua saya yang buat.Buat susu tak tahu,tukar lampin anak pun tak tahu.Buat anak tau pulak ya.”bebel Amanda.
“Sayang,abang mintak maaflah.Abang janji abang akan belajar buat semua tu nanti”
   Begitulah kehidupan mereka sehari-harian.Penuh dengan gelak ketawa dan rajuk yang manja.Kini rumah mereka juga riuh dengan gelak ketawa dan tangisan Khail dan Kaisara yang sudah mula pandai bercakap.Pelbagai perkataan yang melucukan telah keluar dari mulut pasangan kembar itu yang membuatkan Amanda dan Fakhrul ketawa kelucuan.Kini Fakhrul juga tidak betah lama-lama berjauhan dengan isterinya dan anak-anaknya.Tidak lengkap hidupnya jika tidak mendengar gelak ketawa pasangan kembar dan tidak menatap mata isteri tersayang.
   Dato Affendi juga telah sah bercerai dengan Iriani apabila mendapati Iriani berkahwin dengannya hanya kerana ingin mengikis kekayaannya.Penipuan Iriani terbongkar apabila Iriani ditangkap bersedudukan dengan teman lelakinya dirumah sewaktu Dato Affendi pergi bekerja.Kini hati Dato Affendi sudah menjadi tawar untuk berkahwin lagi lalu mengambil keputusan untuk terus menduda sepanjang hayatnya.
   Hubungan antara Amanda dan Dato Affendi mulai pulih sepenuhnya.Amanda sudah mula menerima kembali papanya setelah puas dinasihati oleh Fakhrul.Kini syarikat yang selama ini diterajui oleh Dato Affendi juga telah diambil alih oleh Amanda.Dato Affendi sudah bersara dari dunia perniagaan dan sekarang mengambil alih tugas Amanda dan Fakhrul untuk menjaga si kembar apabila Amanda dan Fakhrul keluar berkerja.
“Mama,ikan tu senyum dekat Kaisara la mama”
“Mana ada sayang.Ikan tak boleh senyum la.”
“Ye ke papa?”
“Ye sayang”
“Hahaha,Khaisara menipu,kan atok cakap tak baik tipu nanti kena potong lidah”Khair mula mencelah.
“Alah,Khair ni mana Kaisara tau”
“Sudah-sudah,jangan bergaduh.Nanti mama tak nak bawak pergi holiday.Mama tinggalkan dengan atok nanti.”Amanda mula mengusik
“Ala mama Khair janji tak bergaduh lagi dengan Kaisara.Jangan lah tinggalkan kami dengan atok.Bosanlah.Atok selalu tinggalkan kami.Main golf je tahu.”rungut Khair
   Amanda dan Fakhrul tersenyum bahagia apabila kebahagiaan yang selama ini mereka impikan telah menjadi kenyataan.Betullah kata orang bahawa buah kepada kesabaran rasanya manis sekali.Kini kebahagiaan telah manjadi milik kita.Disebalik tangisan telah tersembunyi kebahagiaan yang abadi.

Tuesday, 13 March 2012

awak tau tak saya rindu sangat dengan awak?awak tau tak saya rindu sangat nak dengar suara awak?awak tau tak saya rindu nak dengar awak panggil saya sayang?awak tau tak saya rindukan semua tu?awak tau takkk?kenapa awak buat saya macam nii?apa salah saya?kalau betul saya salah,saya mintak maaf.awak tau tak saya sayang kan awak?sayang sangat-sangat.saya perlukan awak arie.saya tak nak awak tinggalkan saya.saya menyesal sebab turutkan permintaan awak.saya menyesal sangat.kalau boleh diulang masa saya nak tebus silap saya.saya nak awak jadi lelaki paling gembira bila couple dengan saya.saya nak awak rasa semua tu.saya nak awak tau betapa sayangnya saya dekat awak arie.saya cuba bohong diri saya,tapi saya tak mampu.mulut saya betah bercakap saya bencikan awak.tapi hakikatnya saya sayangkan awak arie.saya sayang awak sepenuh hati saya arie.kalau lah awak baca semua nii,saya cuma nak bagi tau awak saya sayangkan awak.saya tak kesah kalau awak buat call me back hari-hari.saya rindukan awak arie.rindu nak gaduh dengan awak pasal ayam.rindu nak menganjing awak.tapiii saya tahu awak tengah bahagia dengan dia.saya tak mampu nak kata apa-apa arie.yang saya mampu buat hanyalah doakan awak supaya awak bahagia.saya nak tengok awak bahagia walaupun bukan dengan saya.awak bahagia,saya bahagia arie.iklas dari hati saya sayangkan awak.



                                                                                                                                     yang iklas,
                                                                                                                                    nur artieka :')

dendam dalam diam

kayy,pernah terfikir tak couple korang mintak putus mase anny??takk kan??mestilah tanak kann?this is happen to me.susah nak percaya.dah nak dekat 2 bulan couple dia boleh buat muka bodoh mintak putus.menyirapp lahaiii.aku pun tak tau apa salah aku kott.tapi yang penting dia cakap dia nak putus dengan aku sebab tak nak kacau aku nak SPM.weyhh,alasan tu biar cerdik sikit boleh tak?aku tak suka laa dengan alasan kau tuu.then best part is tak sampai berapa jam dia mintak putus dengan aku.dia terus ada couple lainn.omgggg mase tu aku rasa macam nak cekik-cekik je dia sampai lunyaiiisakit pulak hati kita niii.then ingat lagi tak masa aku bg tau korang dia private relay dia,then dengan perempuan nii dia tak private pulak.kimak kannnnn,sumpah aku menyirap gila.then dengan rasa tak bersalah pergi unfriend aku dekat fb.come on la broo.matang sikit boleh tak.even do kita dah tak couple kita still boleh kawan kannn???seriusly aku memang tak boleh nak tengok muka dia sekarang nii.rasa macam nak tinju-tinju jee kasi lebam.ohhhhh god this is too hard for me.

Saturday, 11 February 2012

perempuan memang suka pendam perasaan kann :'/

tajuk jee dah nak buat aku menangis,ohh shitt.you know what.sepanjang aku couple dengan arie nii,aku banyak sangat pendam perasaan.entahh la tak tau macam mana nak cakap.kalau dia buat silap kann,aku diam jee.orang kata redha jee.entahlah,aku tak tau nak cakap macam mana.sedihh punn ada.aku jee nak kena jaga hati dia.dia langsung takde jaga hati aku.merana weyhh hidupp nii.adil ke nii semua untuk aku?then hari tu kteorang buat relay dekat fb.dah lah kena banyak kali buat baru boleh,tu punn lepas aku dah nak nangis baru boleh (cenggeng betul aku nii) then yang paling buat aku panas kann,dia boleh pulak nak hide dia punye relay.s**l betul.tapi nak buat macam mana kann.diam kan je la.lepas tu bila aku buat status dekat fb pandai nak marah.errrr --' tak adil langsung.lepas tu kitaorang gaduh pasal gambar.dia jeles pasal gambar DP aku dengan amer,then berapa hari lepas tu kawan dia ada tag satu gambar nii dekat dia,gambar tu gambar 2 orang,dia dengan lynn.budak sama tempat kerja engan dia.mendidih sehh darah tengok gambar tu.siap main letak2 tangan segala nii,gambar aku punn takde la teruk macam tu.just duduk sebelah-sebelah jee.bila aku cakap pasal gambar tu,nak marah aku pulak.siap cabar aku dia nak buat DP gambar tu.buatt la.ada aku kesah pulakk.nak tengok jugak kau buat kann.shittt.buat sakit hati aku jee seh :/

Tuesday, 3 January 2012

Tuhan memberi kita dua kaki untuk berjalan, 
dua tangan untuk memegang, 
dua telinga untuk mendengar dan dua mata untuk melihat. 
Tetapi mengapa Tuhan hanya menganugerahkan sekeping hati pada kita?
Kerana Tuhan telah memberikan sekeping lagi hati pada seseorang untuk kita mencarinya. 
Itulah namanya Cinta...♥




- Belajarlah untuk kehilangan dia,andai dia bukan jodoh KAMU..
- Belajarlah untuk tabah,andai dia pergi dari hidup KAMU.. 
- Belajarlah untuk menerima hakikat,yang dia bukan milik KAMU &
- Belajarlah untuk berhenti mencintai dia,andai cinta dia bukan untuk KAMU...


♥ bersyukur pada org yg mnyakitimu krn dialah org yg menabahkanmu
♥ brsyukur pada org yg menipu kamu krn dia yg meningktkan pengetahuan kamu
♥ bersyukur pada org yg tak endahkn kamu krn dialah yg memupuk kamu brdikari
♥ brsyukur pd org yg mnjatuhkan kamu krn dialah yg m'perhebatkn abiliti kamu
♥ brsyukur pd org yg mnyeksa kamu krn dialah yg menguji ksabaran kamu
♥ bersyukur dgn sgala ujian dariNYA, krna semuanya meningktkan iman kamu


✿ Kata Najwa →❤ cinta muka buku ✔
❀ Kata Rangga →❤ ada apa dgn cinta ✔
✿ Kata Radja →❤ benci bilang cinta ✔
❀ Kata Agnes Monica →❤ cinta tak ada logika ✔
✿ Kata Polis →❤ cinta itu sukar ditangkap ✔
❀ Kata Ustaz →❤ cinta itu anugerah ✔
✿ Kata Doktor → ❤cinta tak dapat untuk diubati ✔
❀ Kata Guru →❤ cinta tak boleh utk di pelajari ✔
✿ Kata Hakim →❤ cinta tak boleh di hukum ✔
❀ Kata Orang →❤ cinta itu indah ✔
✿ Kata Ulama →❤ cinta Allah kekal abadi ✔

Jodoh Itu Rahsia Allah

Jodoh itu rahsia Allah Swt..
☻♥☻
/█\ /█\
.||. ||.

SEKUAT mana kita setia ツ
SEHEBAT mana kita merancang ツ
SELAMA mana kita menunggu ツ
SEKERAS mana kita bersabar ツ
SEJUJUR mana kita menerima kekasih kita ツ

•.♥• Jika ALLAH SWT Tidak Menulis Jodoh Kita Bersama Kekasih Kita..Kita Tetap Tidak Akan Bersama Dengannya •.♥•